Thursday, January 13, 2011

Bantu anak anda?

Anak saya memerlukan perhatian khusus.. 
di mana boleh dia mendapatkannya?

Anak saya tidak dapat memahami bahasa Inggeris dengan baik 
menyebabkan subjek Matematik dan Sains menjadi tunggang langgang..

Anak saya sentiasa mendapat markah yang teruk dalam peperiksaan lepas...bagaimana pula dengan PMR yang akan datang?


Anak saya selalu mendapat B+, tetapi sukar dapat A!!

Ini merupakan sebahagian kecil daripada persoalan-persoalan yang seringkali bermain dalam fikiran ibu bapa.


Hometuition BTP bersedia untuk membantu anak anda mencapai yang TERBAIK dalam subjek Matematik dan Sains (tingkatan 1 hingga 3).

Subjek sekolah rendah berbeza dengan subjek sekolah menengah. Sekiranya anak-anak anda lemah semasa di sekolah rendah. Kita pasti tidak mahu anak-anak kita terkapai-kapai dan terus lemas semasa di sekolah menengah. Lebih awal bertindak adalah lebih baik demi masa depan anak-anak anda. Selamatkan mereka dengan memberi yang terbaik kepada mereka.

Hometuition BTP memberi yang terbaik kepada anak-anak anda.

Bagaimana?

1) Suasana Belajar yang Selesa - 
Belajar dalam kumpulan kecil (maksimum 7 orang) membantu anak-anak anda menjadi lebih berani untuk bertanya soalan dan menyuarakan pendapat. Guru boleh memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap orang pelajar.

2) Nota yang Lengkap -
Ramai perlajar yang tidak suka membaca buku, terutamanya buku-buku tebal! Di sini, nota ringkas yang disediakan adalah lengkap dan padat. Setelah telah memiliki nota tersebut, para pelajar masih akan hadir ke kelas untuk melengkapkan ruang-ruang kosong yang sengaja guru biarkan di dalam nota tersebut.





3) Ujian Bulanan -
Bukan ibu bapa sahaja yang mahu melihat anak-anak berjaya. Guru juga mahu melihat anak anda berjaya. Di sini, setiap pelajar amat penting bagi guru. Prestasi pelajar-pelajar akan dipantau pada setiap bulan. Ibu bapa boleh menghubungi guru untuk melihat sendiri rekod prestasi anak-anak.

4) Hari Ibu Bapa dan Guru -
Diadakan pada bulan Jun supaya ibu bapa dapat berbincang dengan guru untuk meningkatkan prestasi anak-anak. Pertemuan ini diharapkan dapat memberi motivasi baru kepada anak-anak seterusnya memberi prestasi yang lebih baik untuk peperiksaan hujung tahun mereka.

5) Seminar Pengukuhan Pelajar -
Hometuition BTP menganjurkan pelbagai program untuk anak-anak anda kerana kami prihatin dengan masa depan mereka. Setiap seminar dijalankan oleh 'coordinator team' yang berpengalaman menganjurkan pelbagai program dengan pelajar sekolah.


Pastikan anak-anak anda mendaftar untuk seminar berikut :


Program Motivasi Sayangi Remaja (Perempuan)


(tempat adalah terhad!)


6) Personal Attention :
 Kami turut menawarkan 'one to one coach'  khas untuk anak-anak yang memerlukan pemerhatian lebih. Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Jangan putus asa terhadap mereka sebaliknya bantulah mereka untuk berjaya.
subjek : Matematik dan Sains
tempoh kelas per subjek = 1jam 30 minit
harga per kelas = RM45
jadual = berbincang dengan guru anda =)

Wednesday, January 5, 2011

Kelas Tuisyen Percuma : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4

Pada tahun lepas, 2010 saya telah mengadakan kelas tuisyen percuma untuk sekumpulan pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki PMR. Para pelajar terdiri daripada golongan pelajar yang kurang berkemampuan kewangan dan tercicir di sekolah. Kebanyakkannya daripada kelas-kelas terakhir di sekolah.

Tujuan kelas tuisyen percuma ini adalah untuk menaikkan prestasi pelajar yang 'GAGAL' kepada 'LULUS'.
Buku-buku pelajar turut diberikan secara percuma. Sebulan sebelum PMR, saya mengadakan kelas pada tiap-tiap malam untuk memastikan anak-anak murid saya cukup persediaannya. Saya menjemput dari rumah dan menghantar pulang  ke rumah pelajar-pelajar yang tinggal jauh. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingan pendidikan anak-anak yang memarahi saya. Kami juga berpindah randah tempat belajar mengikut keadaan. Adakalanya kami belajar di anjung masjid dan adakalanya di rumah salah seorang pelajar.

Pelajar-pelajar ini kebanyakkannya mempunyai masalah psikologi yang agak kritikal memandangkan datang daripada keluarga yang kucar kacir. Saya mengambil peluang ini untuk mendekati hati anak-anak ini dan memberikan santapan rohani supaya mereka lebih jelas dengan tujuan hidup dan berfikiran positif dengan ujian-ujian hidup.

Alhamdulillah, keputusan PMR 2010 telah keluar dan keputusannya lebih baik daripada yang saya jangkakan.
Paling mengembirakan saya ialah apabila salah seorang pelajar saya yang keciciran selama 2 tahun lebih kerana tidak bersekolah semasa tingkatan 1 dan 2 serta separuh tingkatan tiga, telah lulus semua subjek dalam PMR.

Kini pelajar-pelajar ini telah masuk ke tingkatan 4 dan inshaallah akan menduduki SPM pada tahun 2012. Dua subjek terpenting dalam SPM ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dua subjek ini perlu untuk melayakkan mereka mendapat sijil SPM. Bahasa Inggeris sangat penting untuk memberikan mereka keyakinan dalam hidup. Kerana itulah saya menawarkan kelas tuisyen percuma subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk para pelajar.


Inshaallah kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sesi 2011 akan bermula
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang yang bakal menduduki SPM 2012


tarikh : 
7 Januari 2010. 

hari :
 Jumaat

tempat :
 Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang.


masa : 
3-5 petang

Semoga Allah meredhai usaha ini dan semoga anak-anak ini akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Amin.


Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.