Tuesday, June 14, 2011

Mengapa saya menjadi seorang guru tuisyen?






Ramai orang bertanya "Mengapa saya suka menjadi cikgu sedangkan saya tidak mengambil bidang pendidikan?"


Jawapan saya ialah "Saya memang meminati bidang ini, jadi walaupun saya tidak mengambil bidang pendidikan, saya telah pun terlibat dalam bidang ini semenjak zaman sekolah lagi. Saya suka membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah dalam pelajaran semenjak di sekolah. Ketika saya di Tingkatan 3, saya mengadakan kelas tuisyen untuk adik-adik Tingkatan 1 dan 2. Ketika saya di Tingkatan 5, saya mengadakan kelas tuisyen untuk adik-adik Tingkatan 1-4. Malah saya turut mengadakan kelas tambahan untuk rakan-rakan di Tingkatan 5!. Semasa di alam kampus (USM), hujung minggu saya dihabiskan dengan berprogram bersama pelajar-pelajar sekolah daripada pelbagai latar belakang.Saya pernah memberi motivasi di sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar juvana. Saya juga pernah ke Selatan Thailand untuk mengajar Bahasa Inggeris sempena Bulan Bahasa Inggeris. Saya pernah ke Perkampungan Orang Asli di Sungai Siput, Perak untuk mengajar anak-anak kecil membaca. Semakin banyak pengalaman yang saya dapat, semakin banyak yang saya belajar tentang erti hidup ini. Saya tidak pernah berasa tersalah pilih bidang pekerjaan kerana mengajar merupakan perkara yang paling menyeronokkan bagi saya."


Ada yang bertanya "Bagaimana berhadapan dengan kerenah pelajar yang mencabar?"
Jawapan saya : "Mendidik manusia sememangnya mencabar kerana manusia itu bukannya robot. Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa ada tautan hati dengan Allah kerana hanya Allah yang memegang hati manusia. Sekiranya Allah berkehendak supaya anak-anak itu mudah dibimbing dan mudah memahami apa yang disampaikan, guru akan menjadi mudah mengajar anak-anak itu...Begitulah juga sebaliknya. Jadi, pada pandangan saya, guru perlu bersihkan hati dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Bersihkan hati, senyum selalu dan jaga akhlak.. Inshaallah akan terasa ringan berhadapan dengan kerenah anak-anak itu.."


Izinkan saya untuk berkongsi impian saya. Saya berharap saya dapat membantu anak-anak ini melihat jauh ke dalam diri mereka. Saya mahu anak-anak ini mengenali siapa diri mereka dan melihat kelebihan diri mereka sebagai satu aset yang beharga. Saya juga mahu anak-anak ini tidak berasa rendah diri disebabkan kelemahan-kelemahan yang ada pada diri mereka. Saya mahu anak-anak ini menjadi manusia yang cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat.


Saya bersama rakan-rakan telah mengasaskan sebuah Program Motivasi Sayang Remaja untuk remaja-remaja perempuan. Saya berharap program ini dapat melahirkan golongan remaja yang bersahsiah cemerlang di kawasan tempatan, yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial di kawasan mereka.


Anak-anak adalah anugerah paling beharga dan amanah yang akan dipersoalkan di akhirat....


Semoga perkongsian ini bermanfaat. =)

2 comments:

  1. Moga Allah menguatkan langkah lilah dalam menceburi bidang ini. hehhe kita sama lah lilah cuma saya berhadapan dengan anak didik yg lebih kecil lagi. tapi masih dalam bidang pendidikan, bukan mudah mendidik anak2 zaman ini, cbaran ,karenah yg pelbagai dgn persekitaran tidk menbantu menjadikan ank2 jauh dan mereka tidak tahu dimana arah tujuan mereka.al da best ya sahabat:).Teruskan perjuangan.-rika

    ReplyDelete

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.