Saturday, May 26, 2012

Aktiviti Bulan Mei 2012

  Alhamdulillah kerana dapat meraikan hari lahir anak-anak bulan April, Mei dan Jun.  Semoga berjaya di dunia akhirat. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati hidup. Terima kasih emak yang masakkan nasi goreng burger, fadilah yang masak sosej, ali yang kemas rumah, amin yang baiki paip & tempat sidai baju, syuhada & huda yang beli kek, cawan & ais, zura yang bawa fries & nugget. Khalilah bancuh air.

Alhamdulillah kerana Allah memberi teman-teman sekerja yang baik. Hati gembira melihat mereka melayani ibu bapa & anak-anak pelajar dengan baik. Dua minggu ini sangat letih dan sibuk. Saya sendiri berjuang untuk senyum dan berdiri. Terima kasih kerana banyak membantu. Wang ringgit tak mampu membalas itu semua. Apapun inshaallah gaji akan masuk tak lama lagi ;) Selamat bercuti. Semoga kembali dengan lebih bersemangat. 

Monday, May 14, 2012

Program Cuti Sekolah

Program Cuti Sekolah 26 May-6 June 2012 :

a) Lawatan Zoo Negara (28 May)
Harga : RM 37 (termasuk lunch)

b) Personal coach : (4 June-10 June)
Harga per jam RM 30
Subjek : Math Primary & Secondary, Add Math Form 4 & Form 5

Cepat tempah sekarang, tempat adalah terhad!

Saturday, May 5, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara

Dapatkan borang penyertaan daripada tutor-tutor kami!

Kelas Matematik Tambahan SPM

Perlukan tuisyen addmath? Hubungi Cik Syuhada 0124438914.. SPM semakin hampir, jangan tunggu lagi. -Bandar Tasik Puteri, Rawang-

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.