Sunday, November 18, 2012

Peluang Biasiswa SMITA untuk Anak Yatim dan Fakir Miskin

Assalamualaikum. Berita gembira! Saya baru menerima panggilan daripada Puan Pengetua SMITA yang menawarkan 10 tempat pelajar berbiasiswa. Penajaan adalah untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Syarat minimum kemasukan UPSR 3A. Sekolah ini
menekankan akademik dan agama serta tahfiz. Sekiranya anda berminat atau mempunyai kenalan yang berminat, bersegeralah untuk mendaftar secara online di pautan di bawah. Temuduga adalah pada 24 dan 25 November ini!

Jangan lepaskan peluang ini. Moga cemerlang dunia dan akhirat.

http://www.smita.edu.my/v0/


No comments:

Post a Comment

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.