Thursday, February 28, 2013

Pakej Kelas HTBTP 2013


Darjah 4/5/6
Subjek : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains
Harga per subjek : RM40/SEBULAN
Harga pakej 4 subjek : RM100/SEBULAN
Pendaftaran (1/2TAHUN): RM30 x 4subjek= RM120(pembayaran dilakukan pada bulan Januari dan Julai 2013)

Tingkatan 1/2/3
Subjek : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi
Harga per subjek : RM40/SEBULAN
Harga pakej 6 subjek : RM200/SEBULAN
Pendaftaran (1/2TAHUN) : RM30 x 6 subjek= RM180(pembayaran dilakukan pada bulan Januari dan Julai 2013)

Tingkatan 4/5

PAKEJ 1: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah
Harga per subjek : RM40/SEBULAN
Harga pakej 5 subjek : RM180/SEBULAN
Pendaftaran(1/2TAHUN): RM 30 x 5 subjek= RM150(pembayaran dilakukan pada bulan Januari dan Julai 2013)


PAKEJ 2: Subjek : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Sejarah
Harga per subjek : RM40/SEBULAN
Harga pakej 6 subjek : RM220/SEBULAN
Pendaftaran (1/2TAHUN): RM 30 x 6 subjek= RM180(pembayaran dilakukan pada bulan Januari dan Julai 2013)


PAKEJ 3: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, KIMIA, Sejarah, Akaun, Fizik.
Harga per subjek : RM40/SEBULAN
Harga pakej 7 subjek : RM240/SEBULAN
Pendaftaran(1/2TAHUN): RM 30 x 6 subjek= RM180(pembayaran dilakukan pada bulan Januari dan Julai 2013)
                                                        : RM 30 x 7 subjek = RM21O (pembayaran dilakukan pada bulan Januari dan Julai 2013)

*BAYARAN PENDAFTARAN YANG DIAMBIL ADALAH UNTUK BAYARAN NOTA DAN EDARAN DALAM KELAS. HUBUNGI 019-2637283 UNTUK MAKLUMAT LANJUT.



Fast Action Fast Satisfaction
::::::Small group concept:::::

Early Bird Catches The Worm




Monday, February 25, 2013

KELAS MEMBACA KANAK-KANAK (BAKAL DIBUKA)

Dani keciciran di sekolah kerana belum pandai membaca. Tahun lepas saya mengajarnya membaca tetapi terhenti di hujung tahun kerana kesibukan. Pada minggu ini baru sambung kembali dan dia sudah lupa. Jadi saya ajar semula sambil merakamnya. Kemudian saya berikan dia menontonnya kembali. Dia sangat gembira dan mulutnya cuba mengikut bacaan video dirinya. Alhamdulillah selesai kelas hari ini. :) Inshaallah Khamis sambung lagi. (Part 3)

Wednesday, February 20, 2013

Tip dan Teknik Mengajar Anak-Anak Tercicir Subjek Matematik

Mahukah ibu bapa tahu bagaimana hendak mengendalikan anak-anak yang tercicir subjek Matematik di sekolah? :)

Berikut adalah kaedah yang sudah terbukti berjaya dilakukan oleh para tutor Home Tuition BTP untuk membantu anak-anak keciciran subjek Matematik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Bagi pelajar sekolah rendah, kebanyakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tuisyen ketika anaktahun 6 kerana itu adalah tahun UPSR. Malangnya terdapat anak-anak yang lansung tidak menghafal sifir maka tidak dapat membuat apa-apa soalan berunsur pendaraban dan pembahagian. Maka pelajar ini kebiasaannya akan gagal dalam subjek Matematik. Topik lain yang sering menjadi masalah pelajar adalah pecahan.

Menyedari kelemahan ini, sistem yang kami lakukan adalah dengan meminta pelajar yang lemah untuk membuat semula buku latihan topikal bermula darjah 1 atau darjah 2.

Tujuan pertama adalah untuk memastikan asas matematik anak-anak kukuh. Tanpa asas yang kukuh, anak-anak menjadi kurang berkeyakinan apabila berdepan dengan soalan aras sederhana yang berbentuk huraian ayat.

Tujuan kedua adalah untuk mengenal pasti di manakah titik permulaan 'lost' yang menjadi punca kepada 'lost' yang lebih besar. Langkah ini penting bagi memastikan tiada formula yang tercicir dan tiada konsep yang terlepas pandang.

Kebiasaannya kami cuma mengambil masa dalam 1 hingga 2 hari sahaja untuk menamatkan buku pertama kerana soalan yang sangat mudah. Lalu pelajar akan dipuji kerana berjaya. Ini mendorong pelajar untuk menamatkan buku seterusnya iaitu darjah 3 dan lebih fokus apabila menyiapkan latihan. Berdasarkan pengalaman juga, apabila pelajar mula menguasai asas-asas matematik, mereka mula termotivasi untuk melakukan latihan sendiri tanpa perlu dipaksa. Selepas kejayaan demi kejayaan menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan, anak-anak menjadi semakin berkeyakinan dan mula berasa seronok. Inilah kejayaan sebenar iaitu memupuk minat terhadap subjek.

Apabila pelajar mula mempunyai minat terhadap subjek, kerja-kerja mengajar automatik menjadi mudah. Pelajar-pelajar pada tahap ini selalunya sudah boleh diajak menghafal sifir dan mula diajar kaedah mendarab dan membahagi. Setiap kali satu sifir dihafal, mereka akan dipuji. Misalnya mereka berjaya menghafal sifir 2, kemudian disuruh pula menghafal sifir 3. Apabila mereka hendak membaca sifir 3, mereka diminta membaca sifir dua semula. Jika mereka gagap sewaktu membaca sifir tiga, pujuk mereka dengan mengatakan "Inshaallah cikgu tahu kamu boleh. Sifir dua kamu boleh, tentu sifir tiga boleh.. Tak mengapa, cuba hafal lagi, inshaallah boleh.. Cikgu tahu kamu boleh." Begitulah sehingga sifir dua belas.

Apabila pelajar sudah mula bersedia menggunakan buku darjah 6, kebiasaannya saya tidak lagi menggunakan latihan topikal. Untuk darjah 6, saya terus menggunakan set soalan kertas berformatkan peperiksaan sebenar. Tujuannya supaya pelajar dapat mengulangkaji kesemua topik dalam setiap set. Tujuan kedua adalah supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan bentuk kertas soalan. Ini penting supaya tiada kejutan apabila ujian-ujian atau peperiksaan dilakukan. Tujuan ketiga adalah supaya kita dapat menyukat tempoh masa anak-anak menjawab. Sekiranya anak-anak mengambil masa terlalu lama, kita perlulah melatih anak-anak supaya mengutamakan soalan-soalan yang mudah dahulu. Siapkan soalan yang mudah, dan soalan-soalan yang susah itu cuba sahaja jawab. Jika tidak tahu jawapannya, 'hentam'sahaja, asalkan jangan tinggalkan kosong. Ada kemungkinan jawapan 'hentam' itu betul. Melalui latihan berformatkan peperiksaan, kita dapat mengesan jenis soalan yang pelajar lemah, jadi kita boleh memberi tumpuan untuk hanya menjelaskan soalan tersebut.

Kaedah terakhir yang perlu dilakukan adalah selepas menyemak hasil latihan anak-anak, ajak anak-anak berfikir di manakah kesilapan mereka. Misalnya si anak salah soalan nombor 5.
Tutor bercakap "Aiman salah nombor lima. Cuba Aiman cari di manakah kesilapan Aiman,"
Pelajar itu akan menyemak kembali hasil kerjanya.
"Sebab saya salah kira purata ke cikgu? "
Tutor bercakap "Cara mengira purata sudah betul. Cuba cari apa yang salah,"
Pelajar itu akan terus mencari. Jika masa yang diambil terlalu lama, kita boleh terus memberi jawapan.
"Aiman salah bahagi. Cuai semasa membahagi,"

Pernah seorang pelajar berkata "Dulu saya takut hendak buat soalan sebab saya takut jika salah akan dimarahi. Tetapi cikgu di sini suka senyum, jadi saya rasa tidak takut buat salah dan boleh bertanya jika tidak tahu," Salah satu resipi utama mengajar adalah menarik hati pelajar. Jika pelajar sukakan guru (ibu bapa juga boleh menjadi guru), maka inshaallah pelajar itu akan berusaha belajar bersungguh-sungguh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pendidik terutamanya ibu bapa. Usaha perlu disertai doa. Yakinlah ilmu yang disampaikan itu akan menjadi pahala yang mengalir sekalipun kita sudah meninggal dunia. :)

Tuesday, February 19, 2013

KELAS BARU UPSR, PMR & SPM.



Berita Baik untuk Semua!!!!! 
Kelas baru untuk UPSR, PMR dan SPM dibuka sekarang. Kemasukan adalah pada bulan Mac ini. Banyak kekosongan yang boleh diisi.


Subjek UPSR: BM, BI, Matematik, Sains.
Subjek PMR: BM, BI, Matematik, Sains, Sejara
h, Geografi.
Subjek SPM: BM, BI, Matematik, Sains, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia, Akaun, Fizik.

Pakej-pakej terbaik menanti anda, hubungi kami di 

019-2637283 untuk maklumat lanjut. 

Thursday, February 14, 2013

Kelas Akaun SPM



PENGUMUMAN:


Berita baik untuk semua. Yang dinanti telah tiba. Kelas baru, subjek baru untuk yang berminat menjadi sebahagian daripada warga HOME TUITION BTP.

|
V

SUBJEK AKAUN TING. 5
|
|
V

Kepada yang berminat, PENDAFTARANNYA ADALAH SEKARANG!!!

Kemasukan adalah pada bulan MAC, 2013.

Apa tunggu lagi tu???? Dah tak lama!!

Jangan tunggu lama-lama, nanti Kelas Akaun diambil orang!! TEMPAT TERHAD!

Jom ajak kawan-kawan, saudara-mara, sepupu-sepupu sertai kami!

ATAU,

MENDAFTARLAH UNTUK DIRI SENDIRI.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Ana,
Admin Home Tuition BTP di talian 019-263 7283



                    Nota kaki:  Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, 
                                         bukannya kecacatan ataupun kekurangan.






Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.