Monday, February 25, 2013

KELAS MEMBACA KANAK-KANAK (BAKAL DIBUKA)

Dani keciciran di sekolah kerana belum pandai membaca. Tahun lepas saya mengajarnya membaca tetapi terhenti di hujung tahun kerana kesibukan. Pada minggu ini baru sambung kembali dan dia sudah lupa. Jadi saya ajar semula sambil merakamnya. Kemudian saya berikan dia menontonnya kembali. Dia sangat gembira dan mulutnya cuba mengikut bacaan video dirinya. Alhamdulillah selesai kelas hari ini. :) Inshaallah Khamis sambung lagi. (Part 3)

No comments:

Post a Comment

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.