Thursday, October 31, 2013

NAMA DAN LOGO BARU KAMI

Assalamualaikum...

Sekitar 2010 ketika memulakan perniagaan tuisyen, kami muncul dengan nama Home Tuition BTP.
Kemudian pada 2012 kami mula menggunakan nama Pusat Tuisyen BTP. Pada ketika itu BTP bermaksud Bandar Tasik Puteri. Terkini pada penghujung  Oktober 2013 kami masih menggunakan Pusat Tuisyen BTP tetapi BTP bermaksud Bijak Tekun Pandai. Semoga nama ini membawa keberkatan kepada perjuangan PTBTP untuk melahirkan umat berkualiti. Semoga segala kekurangan dapat diperbaiki dan semoga lebih besar sumbangan kepada umat ini.

Semalam saya menerima mesej daripada Puan Mazlita yang mana anak-anaknya merupakan di bawah tajaan PTBTP untuk projek kebajikan masyarakat. Mesej beliau adalah seperti berikut :

Semoga kejayaan memberi semangat kepada semua warga kerja PTBTP untuk terus memberikan yang terbaik.... Semoga Allah memberkati usaha kita dan memberi kejayaan di dunia dan akhirat...

Wednesday, October 30, 2013

Kelas Asas Quran

Kelas Asas Quran... Lokasi di Home Tuition BTP Rawang... Hubungi 0176125700 untuk mendaftar..... Semoga Allah mengurniakan kita Al Quran sebagai penawar penyakit hati dan peneman di dalam kubur....

Friday, October 18, 2013



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UPM DAN UKM ANJURAN PUSAT TUISYEN BTP

OBJEKTIF :
 UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA ANAK-ANAK UNTUK MERASAI SUASANA MAJLIS KONVOKESYEN SEKALIGUS MENYUNTIK SEMANGAT MEREKA UNTUK GIGIH  BERUSAHA MENJEJAKKAN KAKI KE MENARA GADING.

TERHAD KEPADA 40 ORANG PELAJAR SAHAJA. 
SIJIL PENYERTAAN DIBERIKAN.
BAYARAN RM 40 SAHAJA UNTUK MAKANAN DAN PENGANGKUTAN

TENTATIF PROGRAM :
8.00 PAGI = BERKUMPUL DAN BERGERAK KE UPM DAN TAKLIMAT RINGKAS OLEH GURU BERTUGAS.

9.00 PAGI = KETIBAAN ROMBONGAN DI BANGUNAN PENTADBIRAN DI UPM, LAWATAN SEKITAR KAMPUS, LAWATAN KE TAPAK PESTA KONVOKESYEN UPM

1.00 TGAHARI = REHAT DAN BERTOLAK KE UKM

2.00 PETANG = KETIBAAN ROMBONGAN DI UKM, LAWATAN SEKITAR KAMPUS, LAWATAN KE TAPAK PESTA KONVOKESYEN UKM

5.00 PETANG = BERSURAI


Thursday, October 17, 2013

CHEF Kecil PTBTP : November

21 Nov: Icy Cream
28 Nov: Pizza Button
5 Dec:
12 Dec: 
19 Dec:

TEMPAT : PTBTP. No.38-1-A Jalan 7A/2, Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Masa: 2.30-5.00 petang.

"Asyik ibu jer pergi kelas memasak..adik pun nak juga lah" :)
Ibubapa di luar sana jangan ketinggalan peluang keemasan ini. Daftarkan anak anda sebelum pendaftaran ditutup. Semua kelas akan dikendalikan setiap khamis sepanjang November. 
Kami akan upload video CHEF Kecil ini setiap minggu untuk tatapan ibu bapa dan pengunjung blog tentang 'happening'nya aktiviti ini! PASTI ANAK-ANAK SUKA BELAJAR MEMASAK. Kami bantu anda mengisi masa anak-anak generasi muda dengan aktiviti yang 'FUN N' LEARNING' ini disamping membantu secara positif perkembangan diri masing-masing. APA LAGI ? JOM DAFTAR..SETIAP KELAS HANYA RM30 SAHAJA. Psst.Psst.Nak buat gempak2 ni! Mesti suka bawa balik beri Ibu dan Ayah makan hasil air tangan adik2..:)

Tuesday, October 8, 2013

ENGLISH SPEAKING & DRAMA CLASS




Tujuan: 
Membantu pelajar lancar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara asas dan menambah kosa kata.
Hampir 90% pelajar sekolah menghadapi masalah bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana tiada sokongan daripada masyarakat membuatkan mereka berasa rendah diri dan malu sehingga ke peringkat IPTA.
Maka dengan ini kami berhasrat membantu pelajar menjadi lebih berkeyakinan dan memberi galakan buat mereka.

Banyak aktiviti menarik telah direka khas buat pelajar sekalian menggunakan modul menarik dari luar negara.


Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.