Thursday, October 31, 2013

NAMA DAN LOGO BARU KAMI

Assalamualaikum...

Sekitar 2010 ketika memulakan perniagaan tuisyen, kami muncul dengan nama Home Tuition BTP.
Kemudian pada 2012 kami mula menggunakan nama Pusat Tuisyen BTP. Pada ketika itu BTP bermaksud Bandar Tasik Puteri. Terkini pada penghujung  Oktober 2013 kami masih menggunakan Pusat Tuisyen BTP tetapi BTP bermaksud Bijak Tekun Pandai. Semoga nama ini membawa keberkatan kepada perjuangan PTBTP untuk melahirkan umat berkualiti. Semoga segala kekurangan dapat diperbaiki dan semoga lebih besar sumbangan kepada umat ini.

Semalam saya menerima mesej daripada Puan Mazlita yang mana anak-anaknya merupakan di bawah tajaan PTBTP untuk projek kebajikan masyarakat. Mesej beliau adalah seperti berikut :

Semoga kejayaan memberi semangat kepada semua warga kerja PTBTP untuk terus memberikan yang terbaik.... Semoga Allah memberkati usaha kita dan memberi kejayaan di dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.