Friday, November 1, 2013

Azam baru. Semangat baru. Jom daftar Sesi 2014.

Adakah tahun 2013 kelihatan malap, malang dan mendung? Cuti sekolah sebulan setengah inilah masanya untuk kita buat sedikit perubahan. Supaya apabila buka sekolah sesi 2014, kita kelihatan lebih mantap, lebih bersinar dan lebih menyerlah. Jangan biarkan 2014 sama malap dan mendung seperti 2013. Jangan ulangi kesilapan sama lagi. Berubahlah ke arah yang lebih baik!

Bagaimanakah memastikan cuti sekolah dimanfaatkan dengan penuh kualiti?
1. Periksa kelemahan diri. Apa kelemahan yang ada pada diri yang dikenalpasti atau ingin diperbaiki. Tulis atas kertas.
2. Kenalpasti cara untuk perbaiki kelemahan tersebut. Contohnya jika lemah subjek Matematik, maka kenal pasti cara perbaiki kelemahan tersebut. Contohnya ambil kelas tuisyen atau ulangkaji sendiri.
3. Buat jadual belajar. Pastikan jadual belajar itu jadual yang betul. Ramai orang buat jadual yang salah lalu menyebabkan mereka tetap tiada perubahan. Rujuk pada tutor, guru atau mereka yang tahu cara merangka jadual belajar.
4. Disiplin. Kunci kejayaan adalah disiplin. Orang yang pandai tetapi pemalas selalunya gagal dalam hidup. Orang yang sederhana tetapi berdisiplin selalunya berjaya dalam hidup. Ingatlah, hidup ini cuma sekali di dunia. Sama ada kita ingin lakukan yang terbaik atau mensia-siakannya.

~Tuisyen sesi 2014 akan bermula pada bulan Disember ini. Ia masih mengekalkan kaedah kumpulan kecil maksimum 10 orang dan tutor terlatih! Daftarlah segera!http://hometuitionbtp.blogspot.com/p/schedule-book-during-registeration_22.html





No comments:

Post a Comment

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.