Tuesday, November 4, 2014

YURAN 2015

SEKOLAH RENDAH
SATU SUBJEK : RM40
PAKEJ (4 SUBJEK) : RM 120

SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TING 1-3)
SATU SUBJEK : RM 50
PAKEJ (5 SUBJEK) : RM 220


SEKOLAH MENENGAH ATAS (TING 4-5)
SATU SUBJEK : RM 50
PAKEJ (5 SUBJEK) : RM 220
PAKEJ (6 SUBJEK) : RM 250
PAKEJ (7 SUBJEK) : RM 300

Wednesday, October 29, 2014

Jadual Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan 5 Sesi 2015

 Siapa cepat daftar akan dapat hadiah daripada pihak tuisyen.. Stok terhad 100 unit sahaja... 
Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp/sms 019-263 7283 atau 019-4737645.

Bagi urusan pendaftaran atau pertanyaan pejabat dibuka
setiap Isnin -Jumaat :
3.00 - 5.00 petang
8.00-10.00 malam
Hubungi 019-263 7283 untuk TEMU JANJI

Ruang Untuk Disewa

Pusat tuisyen kosong bulan depan... Ada sesiapa nak sewa buat program? Murah-murah sahaja sewanya... Sekurang-kurangnya boleh bayar sewa dan bil...
1 bilik = 20 seats, harga RM20 sejam. Lebih 5 jam, dikira sewa sehari 24 jam RM100 sahaja . Untuk tempahan makanan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan malam boleh tempah melalui saya. 
Inshaallah.. 0194737645

Jadual Sekolah Menengah Tingkatan 1,2 dan 3 Sesi 2015



Tuesday, October 28, 2014

JADUAL SEKOLAH RENDAH SESI 2015


PERHATIAN : PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS TAHAP DUA AKAN DIBERIKAN UJIAN SEBELUM MASUK KE KELAS.

PELAJAR YANG MEMPUNYAI PENINGKATAN PRESTASI DALAM UJIAN BULANAN BOLEH BERPINDAH KE KELAS BARU.

SILA RUJUK KAUNTER PENDAFTARAN UNTUK MAKLUMAN LANJUT.

Wednesday, October 1, 2014

English Grammar Class Junior Expert Programme

Terlalu ramai pelajar menghadapi masalah GAGAL dalam matapelajaran Bahasa Inggeris ini hanya kerana masalah ini dan kerana tiada sokongan moral atau kaedah yang betul bagi menangani masalah ini. Maka, Pusat Tuisyen BTP ingin memberi peluang kepada adik-adik untuk membaiki diri semasa cuti sekolah ini supaya mereka mampu sedikit sebanyak mendapat kemajuan dalam subjek Bahasa Inggeris.

Teknik Menjawab Soalan Matematik Tambahan..


Teknik Menjawab Soalan Matematik Tambahan.. Inshaallah pada 18/10/2014 untuk kertas 1 dan 19/10/2014 untuk kertas 2. Segera tempah tempat sebelum terlambat. 

Bilik Seminar Untuk Disewa


English Drama Class 2014


Tuesday, September 23, 2014

Bagi urusan pendaftaran, tempahan atau pertanyaan,
pejabat dibuka
setiap Isnin -Jumaat :
3.00 - 5.00 petang
8.00-10.00 malam
Hubungi 019-4737645 // 019-2637283 untuk temu janji

Wednesday, June 11, 2014

Kem Matematik Tambahan Fasa 5






~FOKUS : ULANGKAJI TINGKATAN 4 MATEMATIK TAMBAHAN~

Hari Sabtu 9 pagi- Ahad 5.30 petang.
Fasa 5 : Bab 1-5
Fasa 6 : Bab 6-10
Harga setiap fasa RM270 termasuk makan dan penginapan.

Fasa 5 inshaallah pada 21-22 Jun ini.
Fasa 6 pula pada 28-29 Jun ini.

Tempat terhad 15 orang satu kelas. Untuk maklumat lanjut hubungi
019-2637283 atau 0194737645.
Lokasi : Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Tentatif FASA 5
SABTU
9.00-10.00 : Ujian Mini 1
10.00-11.00 :Duha, Minum Pagi
11.00-1.00 : Bab 1
1.00-2.30 : Qailullah, Solat, Makan Tengah Hari
2.30-4.30 : Bab 2
4.30-5.00 : Rehat, Solat, Minum Petang
5.00-7.00 : Bab 3
7.00-8.00 : Rehat, Solat, Makan Malam
8.00-10.00 : Bab 4
10.00-11.00 : Minum Malam, Tarawikh

AHAD
4.30 -6.00 : Tahajud, Sahur, Solat
8.00 -10.00 : Bab 5
10.00-10.30 : Duha, Motivasi Ramadhan
10.30-12.30 : Diskusi Model SPM
12.30-2.30 : Qailullah, Solat, Motivasi Ramadhan
2.30-4.00 :Diskusi Model SPM
4.00-5.00:Ujian Mini 2
5.00-5.30: Booster

"Sejarah membuktikan Ramadhan bukan alasan untuk kita menjadi lembik, malas dan lembik. Pada Ramadhan tahun 2 Hijrah, 300 umat Islam mengalahkan 1000 orang musyrikin dalam Perang Badar, pada Ramadhan 5 Hijrah, persiapan Perang Khandak telah dilakukan iaitu menggali parit sekeliling Madinah, pada Ramadhan 53 Hijrah, Kemenangan tentera Islam di Rhodesia. Pada Ramadhan 92 Hijrah, membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun dan lain-lain lagi. Semoga program ini yang berlansung di bulan Ramadhan akan menghasilkan impak luar biasa kepada peserta-pesertanya."

Kuasai Minda - Ikhlaskan Hati dalam Menuntut Ilmu

PENAT BELAJAR ?
Ya.
Aku penat belajar.
Bila semua ini akan berakhir.
Aku merungut seorang diri.
belajar
Okay, STOP! STOP! STOP!
Berhenti merungut wahai sahabat. Tenangkan hati, tenangkan fikiran dan senyum. Ingatlah wahai sahabatku sekalian,
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-zariyat:56)
Belajar itu merupakan suatu ibadah menuntut ilmu. Bersyukur kerana kita masih melakukan ibadah kepada Allah. Lumrah sebagai seorang pelajar sememangnya sebegini, penat untuk belajar. Tapi, lagi penat jika kita belajar dan tidak amalkan ilmu itu. Sia-sia saja apa yang kita belajar.
Biar kita penat belajar, asalkan ilmu itu berguna. Bersyukur dengan rasa penat yang Allah hadirkan ketika belajar, setidak-tidaknya kita sedar bertapa mulianya hidup ini jika berilmu. Paling penting ketika kita belajar, niat di hati:
“Aku menuntut ilmu ini ikhlas kerana Allah Taala. Semoga aku memperolehi ilmu yang bermanfaat”
Jangan katakan belajar ini adalah bebanan untuk kita. Susah macam manapun kita belajar, ikhlaskan diri niat kerana Allah Taala. Disebalik kepayahan, Allah janjikan kesenangan selepas itu.
“Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan”
(Al-Insyirah:5-6)
Makanya, tersenyumlah sekarang. Belajar untuk mendapatkan ilmu. Nilai ilmu itu sangat berharga. Biar penat belajar, asalkan senang di masa hadapan. InsyaAllah. Muhasabah diri semua ! 
Allah knows what is best for us, so why should we complain. We always want the sunshine but He knows there must be rain”
knowledge
<Copy Paste from IluvIslam.com

Monday, May 19, 2014

# Perhatian : Makluman Cuti

Makluman pembatalan kelas sempena cuti sekolah bulan Mei-Jun.

Assalamualaikum wbt. 
Perhatian kepada ibu bapa dan pelajar sekalian. 
Pusat Tuisyen akan ditutup pada 29/5(khamis) sehingga 8/6(ahad). Surat makluman telah diedarkan kepada para pelajar. 


Cuti Sekolah bermula 28/5(Rabu) - 15/6(ahad).
Walau bagaimanapun Pusat Tuisyen hanya akan bercuti pada 29/5(khamis) sehingga 8/6(ahad). 
Pelajar dikehendaki menghadiri kelas tuisyen mulai 9/6(isnin) seperti biasa. 

Sehubungan dengan itu, pihak kami telah kepilkan bersama jadual kelas ganti bersama surat tersebut. 
Kelas ganti sudah mula dibuat oleh guru masing-masing. 
Diminta ibu bapa untuk mengambil perhatian perkara ini bagi memastikan anak-anak anda menghadiri kelas ganti yang telah diaturkan.

Sebarang kemusykilan sila hubungi terus kerani di talian 019-263 7283. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Sunday, March 30, 2014

Fizik : Magnetic Field Part 2





Ilmu itu apabila dikongsi akan menambah berkat, lebih kukuh melekat. Inshaallah. Perkongsian pelajar Home Tuition BTP subjek Fizik Bab Magnetic Field (Part 1) 
http://www.youtube.com/watch?v=aWy4Qokb7MU&feature=youtu.be

FIzik : Magnetic Field Part 1





Ilmu itu apabila dikongsi akan menambah berkat, lebih kukuh melekat. Inshaallah. Perkongsian pelajar Home Tuition BTP subjek Fizik Bab Magnetic Field (Part 1) 
http://www.youtube.com/watch?v=aWy4Qokb7MU&feature=youtu.be

Monday, February 24, 2014

Pengalaman Mengajar Subjek Bahasa Malaysia SPM : ISU DEBAT

Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera..

Pagi yang indah, mari kita hirup udara pagi yang segar sambil memulakan hari. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk bernafas, bererti kita diberikan peluang untuk bertaubat dan menambahkan amal. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah.

Alhamdulillah kelas ulangkaji Fizik Tingkatan 4 dan 5 berjalan dengan lancar. Malam pula buat ulangkaji Sejarah Tingkatan 4 dan menggantikan kelas staf untuk subjek Bahasa Malaysia SPM. Jadi malam tadi kami telah buat debat. Teringat kenangan semasa zaman sekolah, saya pernah mewakili sekolah untuk pertandingan debat. Kemudian terus berdebat sehingga zaman universiti untuk Piala Naib Canselor.


Berdasarkan pengalaman seciput mengajar tuisyen subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, saya merasakan kaedah berdebat sangat membantu pelajar untuk sesi memerah otak mencari hujah untuk membuat karangan. Majoriti pelajar yang sukar mendapat keputusan cemerlang bukanlah kerana mereka tidak tahu menulis esei panjang tetapi kerana mereka tiada idea! Otak mereka beku. Jadi kaedah berdebat dapat meransang mereka memerah otak untuk mencari idea dalam masa yang suntuk dan mengukuhkan hujah-hujah mereka.

Jadi pendebat ini perlu pandai menegakkan benang yang basah.. Hehe.
Namun berdebat cumalah boleh digunakan untuk tujuan belajar.
Di dalam dunia realiti, kita perlulah jauhi berdebat. Menyedari kewujudan dalil-dalil yang mengecam keras debat inilah menyebabkan saya mengundur diri daripada dunia debat..

Dari Abu Umamah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah saw bersabda:“Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali karena mereka adalah kaum yang senang melakukan perdebatan.” Kemudian beliau membaca ayat ini, “Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar.'”(QS. Az-Zukhruf: 58)
(HR. At-Tirmizi no. 3253, Ibnu Majah no. 47, dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5633)
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha dari Nabi saw bersabda:“Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menantang jika diterangkan hujjah kepadanya”. 
(HR. Al-Bukhari no. 2457 dan Muslim no. 2668) 
Dari Abu Umamah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi surga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di surga yang paling tinggi bagi siapa saja yang berakhlak baik.” (HR. Abu Daud no. 4800 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1464)
Semalam topik debat kami
1) Pelajar lepasan SPM patut bekerja sebelum keluar keputusan SPM.
2) Pelajar patut dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.
3) SPM patut dilupuskan.

Inshaallah hari ini ada Personal Coaching di rumah untuk subjek BM SPM pula. Untuk pelajar perseorangan, kaedah debat agak kurang menarik kerana kita tidak ada barisan pencadang mahupun barisan pembangkang. Kurang meriah. Jadi kaedah perbincangan secara bersembang lebih sesuai untuk mencari isi-isi esei.

Terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik saya sehingga saya boleh membaca dan menulis serta mengajar anak-anak didik saya..

Beberapa hari lepas, bekas guru BM sekolah rendah saya bersembang dengan saya di Facebook. Teringat dahulu saya pernah dilempang apabila ada soalan salah dalam peperiksaan dan dicubit apabila tercicir buku karangan. Hari ini setelah 19 tahun, saya sangat sukacita menjemput guru saya berseminar di pusat tuisyen saya untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik saya. Cuma... Beliau tidak dibenarkan memarahi, melempang ataupun mencubit anak-anak didik saya yang manja ini. :)

Selamat bertugas! Moga hati ikhlas kerana Allah :)

Sunday, February 16, 2014

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!

PENDAFTARAN SESI 2014 (JAN-OKT/NOV) MASIH DI BUKA. 
KINI PENDAFTARAN HANYA RM 60 SAHAJA BAGI SEORANG PELAJAR SETAHUN. 
JOM DAFTAR SEBELUM TERLAMBAT. 
TUISYEN 
SEKOLAH RENDAH(DARJAH 1-6) 
DAN SEKOLAH MENENGAH (TINGKATAN 1-5)
HUBUNGI 019-2637283 PUAN FATIMAH untuk temujanji pendaftaran 
atau
 anda boleh terus ke pusat tuisyen yang dibuka 
setiap hari Isnin hingga Jumaat antara pukul 3-5 petang atau 8-10 malam.

Wednesday, January 29, 2014

Makluman CUTI sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pusat Tuisyen Bijak Tekun Pandai(BTP) 
akan mula bercuti pada 
30 Januari 2014 (Khamis) sehingga 2 Februari 2014(Ahad) . 

Sehubungan dengan itu, kelas-kelas akan turut bercuti 
dan akan diganti kelas oleh tutor masing2 selepas atau sebelum tarikh cuti tersebut. 

Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada hari ISNIN 3 Februari 2014.

Sunday, January 19, 2014

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita

Di sini saya nak kongsikan 10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita yang saya perolehi dari website Positive Parenting 

1. Tiada Perbandingan 
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda. 

2. Ketepikan Jenaka 
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya. 

3. Jangan Memberi Gelaran 
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 

4. Elakkan Hukuman Automatik 
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra. 

5. Sentiasa Positif 
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja. 

6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok 
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut. 

7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah 
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi. 

8. Adakan Masa Bersama 
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai. 

9. Didik Berdikari 
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya. 

10. Tingkatkan Pujian 
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya. 





Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.