Wednesday, January 29, 2014

Makluman CUTI sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pusat Tuisyen Bijak Tekun Pandai(BTP) 
akan mula bercuti pada 
30 Januari 2014 (Khamis) sehingga 2 Februari 2014(Ahad) . 

Sehubungan dengan itu, kelas-kelas akan turut bercuti 
dan akan diganti kelas oleh tutor masing2 selepas atau sebelum tarikh cuti tersebut. 

Kami akan beroperasi semula seperti biasa pada hari ISNIN 3 Februari 2014.

Sunday, January 19, 2014

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita

Di sini saya nak kongsikan 10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita yang saya perolehi dari website Positive Parenting 

1. Tiada Perbandingan 
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda. 

2. Ketepikan Jenaka 
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya. 

3. Jangan Memberi Gelaran 
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 

4. Elakkan Hukuman Automatik 
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra. 

5. Sentiasa Positif 
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja. 

6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok 
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut. 

7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah 
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi. 

8. Adakan Masa Bersama 
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai. 

9. Didik Berdikari 
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya. 

10. Tingkatkan Pujian 
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya. 





Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.