Wednesday, June 11, 2014

Kem Matematik Tambahan Fasa 5






~FOKUS : ULANGKAJI TINGKATAN 4 MATEMATIK TAMBAHAN~

Hari Sabtu 9 pagi- Ahad 5.30 petang.
Fasa 5 : Bab 1-5
Fasa 6 : Bab 6-10
Harga setiap fasa RM270 termasuk makan dan penginapan.

Fasa 5 inshaallah pada 21-22 Jun ini.
Fasa 6 pula pada 28-29 Jun ini.

Tempat terhad 15 orang satu kelas. Untuk maklumat lanjut hubungi
019-2637283 atau 0194737645.
Lokasi : Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Tentatif FASA 5
SABTU
9.00-10.00 : Ujian Mini 1
10.00-11.00 :Duha, Minum Pagi
11.00-1.00 : Bab 1
1.00-2.30 : Qailullah, Solat, Makan Tengah Hari
2.30-4.30 : Bab 2
4.30-5.00 : Rehat, Solat, Minum Petang
5.00-7.00 : Bab 3
7.00-8.00 : Rehat, Solat, Makan Malam
8.00-10.00 : Bab 4
10.00-11.00 : Minum Malam, Tarawikh

AHAD
4.30 -6.00 : Tahajud, Sahur, Solat
8.00 -10.00 : Bab 5
10.00-10.30 : Duha, Motivasi Ramadhan
10.30-12.30 : Diskusi Model SPM
12.30-2.30 : Qailullah, Solat, Motivasi Ramadhan
2.30-4.00 :Diskusi Model SPM
4.00-5.00:Ujian Mini 2
5.00-5.30: Booster

"Sejarah membuktikan Ramadhan bukan alasan untuk kita menjadi lembik, malas dan lembik. Pada Ramadhan tahun 2 Hijrah, 300 umat Islam mengalahkan 1000 orang musyrikin dalam Perang Badar, pada Ramadhan 5 Hijrah, persiapan Perang Khandak telah dilakukan iaitu menggali parit sekeliling Madinah, pada Ramadhan 53 Hijrah, Kemenangan tentera Islam di Rhodesia. Pada Ramadhan 92 Hijrah, membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun dan lain-lain lagi. Semoga program ini yang berlansung di bulan Ramadhan akan menghasilkan impak luar biasa kepada peserta-pesertanya."

Kuasai Minda - Ikhlaskan Hati dalam Menuntut Ilmu

PENAT BELAJAR ?
Ya.
Aku penat belajar.
Bila semua ini akan berakhir.
Aku merungut seorang diri.
belajar
Okay, STOP! STOP! STOP!
Berhenti merungut wahai sahabat. Tenangkan hati, tenangkan fikiran dan senyum. Ingatlah wahai sahabatku sekalian,
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-zariyat:56)
Belajar itu merupakan suatu ibadah menuntut ilmu. Bersyukur kerana kita masih melakukan ibadah kepada Allah. Lumrah sebagai seorang pelajar sememangnya sebegini, penat untuk belajar. Tapi, lagi penat jika kita belajar dan tidak amalkan ilmu itu. Sia-sia saja apa yang kita belajar.
Biar kita penat belajar, asalkan ilmu itu berguna. Bersyukur dengan rasa penat yang Allah hadirkan ketika belajar, setidak-tidaknya kita sedar bertapa mulianya hidup ini jika berilmu. Paling penting ketika kita belajar, niat di hati:
“Aku menuntut ilmu ini ikhlas kerana Allah Taala. Semoga aku memperolehi ilmu yang bermanfaat”
Jangan katakan belajar ini adalah bebanan untuk kita. Susah macam manapun kita belajar, ikhlaskan diri niat kerana Allah Taala. Disebalik kepayahan, Allah janjikan kesenangan selepas itu.
“Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan”
(Al-Insyirah:5-6)
Makanya, tersenyumlah sekarang. Belajar untuk mendapatkan ilmu. Nilai ilmu itu sangat berharga. Biar penat belajar, asalkan senang di masa hadapan. InsyaAllah. Muhasabah diri semua ! 
Allah knows what is best for us, so why should we complain. We always want the sunshine but He knows there must be rain”
knowledge
<Copy Paste from IluvIslam.com

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.