Monday, January 12, 2015

WISHLIST 2015

[ Wish List 2015 ]

Apa agaknya wishlist adik-adik untuk tahun ini ya? 

Tak pasti?

Apa kata, adik-adik mulakan dengan menyenaraikan wishlist adik-adik bermula pada tahun ini?

Sebagai contoh, cikgu admin kongsikan di sini:

Wishlist 2015:

1. Solat di awal waktu.
2. Doakan ibu ayah sebaik sahaja bangun dari tidur (dianjurkan baca al-Fatihah, tidak kiralah ibu ayah masih ada, atau sudah tiada.)
3. Baca al-Quran setiap hari walau 5 ayat.
4. Berzikir 1000x.
5. Tidak skip breakfast.

Ok, cikgu admin dah senaraikan 5 wishlist untuk adik-adik buat pada tahun ini. Adik-adik boleh senaraikan seberapa banyak yang adik-adik mahu. Senaraikan sedikit-sedikit dahulu. Cuba cukupkan 101 impian.

Boleh ke boleh? Pasti Boleh !

Selamat mencuba, dan selamat merasai perubahan yang sangat baik dalam hidup adik-adik. Aamin Allhumma Aamin.

Oh, ibu-ibu, ayah-ayah pun boleh buat tau. 

** Miracle Happens for Those Who Start To Believe. 






Saturday, January 10, 2015

Mari Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum..

Dengan ini, pendaftaran untuk Kelas Bahasa Arab telah dibuka.




Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas. Terima kasih.

Thursday, January 1, 2015

JADUAL 2015

Assalamualaikum,



Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas-kelas yang diadakan di pusat tusyen ini, bolehlah merujuk kepada jadual di atas. Kelas bermula pada 5 Januari 2015 (Isnin).

Terima kasih.



Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.