NOTIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ibu bapa /penjaga yang dihormati. 
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh  ibu bapa/ penjaga pelajar.
1. Yuran bulanan pelajar hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan. Resit pembayaran disarankan untuk disimpan bagi rujukan pihak ibu bapa/penjaga. Sekiranya terdapat masalah dalam proses pembayaran yuran, sila maklumkan segera kepada pusat tuisyen.
2. Sekiranya tidak dapat membuat pembayaran di pusat tuisyen, ibu bapa boleh membuat transaksi pembayaran melalui akaun MAYBANK2U tuisyen setelah memaklumkan pihak kami. 
Salinan BUKTI PEMBAYARAN mesti diserahkan kepada pihak pengurusan pusat tuisyen untuk pemprosesan resit.
3. Yuran pendaftaran dibayar sekali sahaja setahun dan harus diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan pertama pendaftaran. Yuran pendaftaran TIDAK AKAN DIPULANGKAN sekiranya pelajar berhenti. (abaikan no. 3 jika telah diselesaikan)
4. Pelajar yang ingin berhenti WAJIB menyelesaikan semua yuran tertunggak (jika ada). Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ibu bapa/penjaga disenarai hitam oleh Pusat Tuisyen dan dihalang untuk mendaftar di pusat tuisyen pada masa akan datang kecuali hutang diselesaikan.
5. Pelajar yang telah berhenti perlu menyelesaikan hutang tertunggak (jika ada).
6. Abaikan perkara no. 1,2,3,4, dan 5 bagi pelajar tajaan.
7. Kelas akan diadakan seperti biasa pada cuti umum dan juga cuti sekolah kecuali akan dimaklumkan jika kelas dibatalkan dan akan diganti kemudian. 
8. Sebarang ketidakhadiran pelajar tidak ditanggung sama sekali oleh pusat tuisyen atau guru tersebut untuk kelas ganti lain. KELAS GANTI hanya akan dibuat sekiranya guru atau pihak tuisyen membatalkan kelas tersebut dan akan dimaklumkan melalui SMS kepada ibu bapa/penjaga. 
9. Jika pelajar tidak menghadiri kelas selama 4 minggu berturut-turut , SMS peringatan akan diberikan. Sekiranya, tiada maklumbalas diterima daripada pihak ibu bapa dalam tempoh tiga(3) hari, SMS PEMBERHENTIAN pelajar akan diberikan termasuk pelajar yang ditaja pusat tuisyen.
10. Ibu bapa atau penjaga diminta untuk mengambil pelajar dalam tempoh 15 minit selepas waktu tamat kelas bagi menjaga keselamatan pelajar.
11. Bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan, WAJIB menunaikan bayaran tersebut semasa pengangkutan diaturkan.
12. UJIAN PRESTASI BULANAN akan diadakan pada minggu keempat setiap bulan mengikut subjek yang diambil. Ibu bapa diminta untuk menghubungi pusat tuisyen bagi mendapatkan rekod ujian pelajar. Sokongan ibu bapa dalam kemajuan pelajar pusat tuisyen amat disarankan. Sebarang komen dan cadangan positif  amat kami alu-alukan.

Bagi membuat sebarang urusan pejabat atau ingin bertemu guru, ibu bapa/ penjaga dinasihatkan membuat temujanji dahulu di talian 019 -263 7283  sebelum datang ke pusat tuisyen bagi mengelakkan sebarang masalah.
Segala kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Perkongsian hati

Apabila anak-anak sudah punya kekasih hati, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Apabila anak-anak sudah punya kerjaya mantap, mereka akan meninggalkan ibu dan ayah. Hanya 1 sahaja yang dapat mengikat mereka dengan ibu dan ayah iaitu AGAMA kerana AGAMA menuntut anak memberi nafkah kepada ibu bapa, menziarahi ibu bapa, melayani ibu bapa dan mendoakan ibu bapa. Rugilah ibu bapa yang tidak memberikan AGAMA kepada anak mereka. Moga Allah mengurniakan kita zuriat yang beriman dan beramal.